Tuesday, June 2, 2009

AGAMA ISLAM : BOLEH ATAU TIDAK




Saya agak keliru sama ada beberapa perkataan di bawah boleh disebut oleh bukan Muslim. Dengan itu, Saya secara seikhlas hati ingin meminta pandangan mengikut AJARAN AGAMA ISLAM YANG SEBENAR daripada Muslimin dan Muslimat. Sila nyatakan otoriti jika ada.

1. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
2. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
3. Allahualam
4. Allah
5. Menyebut ayat-ayat Al-Quran dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Arab

Terima kasih. Diharapkan ia dijadikan sebagai perbincangan integrasi dan bukannya dimanipulasi, dieksploitasi atau dipolitikkan…

3 comments:

  1. YB Encik Nga Kor Ming
    EXCO Kerajaan Negeri Perak
    Pejabat EXCO Negeri Perak
    30000 Ipoh
    PERAK DARUL RIDZUAN.

    Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera


    Yang Berhormat,

    Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

    Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

    Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

    Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

    Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.

    * MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *


    (TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
    Menteri Besar Kelantan
    Merangkap
    Mursyidul Am PAS

    ReplyDelete
  2. Sejak bila Al Quran itu eksklusif kepada orang Islam sahaja sehingga orang bukan Islam tak boleh baca ataupun mengambil manfaat daripadanya? Ini satu pemikiran yang salah. Saya tak pernah dengar bahawa orang yang nak membaca Quran kena ada 2 ciri iaitu memeluk Islam, ataupun ingin buat perbandingan agama. kalau betullah begitu, maka Dr Moore yang menggunakan al Quran untuk kepentingan penyelidikannya dalam bidang embryology perlulah memohon maaf kepada umat Islam seluruh dunia juga kerana dia bukan Islam tetapi 'menggunakan' al Quran untuk kepentingan kerjaya nya. Tahukah anda penyelidikan Dr Moore akhirnya membuktikan kesahihan ayat Al Quran tentang proses pembesaran manusia semasa di dalam rahim ibu? oh!

    Al Quran adalah untuk semua manusia, di dalamnya terdapat banyak ilmu, pengajaran dan panduan. Tetapi malangnya umat Islam sendiri yang tidak menghayatinya. Maka janganlah marah bila orang bukan Islam cuba mencedok ilmu daripada kitab yang agung ini.

    4. saya setuju bahawa Nga Kor Ming perlu belajar menyebut perkataan Arab dengan lebih baik kerana sebutan yang salah boleh membawa kepada salah faham. Saya kira sebenarnya beliau ingin menyebut Surah An Nahl: 90 dan bukan Surah Aura(?). Tetapi saya fahamla kalau tersasul tu, org Melayu pun kekadang sebut perkataan Arab macam apa je, apatah la orang cina yang tak pernah belajar bahasa Arab. tapi saya applaud jugaklah hafalannya, kerana saya pun tak hafal surah nahl ayat 90 ni. Kalau dengar baik-baik, Nga Kor Ming quote kan ayat Quran ni dengan jelas jugak, cuma dia tak boleh sebut "Allah" dengan baik.





    "...إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ"
    But no doubt, untuk quote ayat Quran, he definitely needs to improve his pronunciation. If cannot, then better leave it out of the ceramah.


    5. Surah An Nahl: 90

    "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan...serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya."

    Apabila Nga Kor Ming menyebutkan ayat ini, saya tak nampak di mana ianya diputarbelitkan dalam ceramahnya kerana ayat ini mengajak kepada keadilan, dan Nga Kor Ming dalam ceramahnya sedang mengajak kepada keadilan juga. Bagaimanakah tindakannya itu mempersendakan ayat al Quran? Salah ke dia mengajak kepada keadilan? huhu. serius saya tak nampak di bahagian mana dia mempersendakan ayat Quran. kalau anda nampak, tolonglah kasi saya nampak juga.

    ada yang berhujah menyatakan bahawa Nga Kor Ming mempersendakan ayat Quran kerana membaca ayat Quran tanpa mengetahui tafsirnya sehingga boleh membawa kepada kekeliruan. Maka, saya pun carilah tafsir surah an Nahl di sini dan sini dan sini. Selepas membaca tafsir nya, saya kira ia tidak mengubah maksud yang dibawa oleh ayat ini ketika saya membacanya pertama kali, iaitu supaya berlaku adil.

    Macam ni, katakanlah saya nak menyatukan orang Islam, Kristian, dan Yahudi, maka besar kemungkinan saya akan menggunakan sumber2 yang dipercayai dari semua golongan ini untuk mencari titik persamaan. Contohnya, saya akan quote ayat2 dari Al Quran, Bible, dan Torah yang menganjurkan kepada konsep keadilan. saya tak nampak bagaimana tindakan saya ini memutarbelitkan isi kandungan ketiga-tiga buku keagamaan ini.

    saya memutarbelitkan ayat Quran sekiranya saya kata walaupun saya seorang Islam, saya tak perlu memakai tudung kerana dalam surah al Baqarah ayat 256, Allah mengatakan "tidak ada paksaan dalam Islam". Ini adalah putar belit yang nyata kerana surah al Baqarah ayat 256 ini menyatakan bahawa tidak ada paksaan untuk masuk ke dalam agama Islam. Bukannya takde paksaan melaksanakan hukum Allah. Hukum Allah itu adalah wajib ke atas seorang yang mengakui dirinya Muslim

    ReplyDelete
  3. Tetapi mengapakah masih berlaku percanggahan pendapat dalam isu tersebut walaupun di kalangan ustaz-ustaz sendiri... Malahan, bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid atau tidak juga menjadi satu perbincangan yang tiada kesimpulan... Jadi, adakah isu-isu yang saya bangkitkan itu berada dalam zon kelabu di mana tiada jawapan yang tetap dan perlukan tafsiran sendiri ataupun dalam ajaran agama Islam sememangnya isu-isu tersebut dibenarkan secara mutlak...

    ReplyDelete