Sunday, April 29, 2012

INTERESTING WEDDING DINNER

Yesterday, I attended an interesting and special wedding dinner. Special is in term of the arrangement of the flow. She is my sister’s classmate and also my classmate’s sister. Confuse? Hehe… In the dinner, they had a slot for the bridegroom and groom to have a dance, a romantic one. It is open to all couples as well. Next, it is followed by dance floor, party-kind of dance. AWESOME….. First time experience it in a wedding dinner. It is great. I think I will borrow the idea. For my dinner, I will be having a romantic dance session for couples as well. Then, it will be followed by a session of dance floor. I will make sure that most of them dance. HAHAHA…. Make it an interesting and unforgettable one.

Sunday, April 15, 2012

PENANG DEBATE OPEN 2012

Penang Debate Open 2012 is a tournament organised by UiTM Penang. It has been one year plus since my last debate tournament. It is such an interesting experience here, apart from debating, meeting with my long-time friends too. It is my pleasure to be in the same contingent with them. It is great that I am able to break until quarter final, but the sad thing is that, I think I left my IPhone changer in the campus. Hope that I will be able to find it back tomorrow. Am already broke now, don’t wish to burn my pocket further.

Sunday, April 1, 2012

PERLUKAH SHARIZAT MELETAK JAWATAN KETUA WANITA UMNO?

Politik Malaysia sering kali dipraktikkan dalam keadaan percampuran di mana soal politik dan kerajaan disatukan. Di negara-negara demokrasi liberal seperti Amerika, kedua-dua perkara tersebut diasingkan dengan jelas. Presiden sekiranya berkempen untuk dirinya mahupun partinya, sumber kerajaan tidak akan digunakan. Keadaan ini berbeza dengan keadaan di Malaysia di mana jentera kerajaan sering kali digunakan untuk tujuan politik.

Berbalik kepada isu Sharizat, adakah beliau perlu meletakkan jawatan beliau sebagai Ketua Wanita UMNO memandangkan beliau tidak akan melanjutkan tempoh Senator beliau yang turut membawa maksud tidak dapat menjadi Menteri lagi selepas tempoh perkhidmatan senator beliau tamat pada bulan April ini.

Pertama sekali, beliau dilantik sebagai Menteri atas kapasitinya sebagai seorang senator. Ini bermakna pelantikan ke kedua-dua jawatan Senator dan Menteri adalah atas budi bicara Perdana Menteri. Perdana Menteri merupakan satu-satunya sahaja berhak untuk meneruskan atau menghentikan perkhidmatan beliau biarpun dengan mahupun tanpa alasan kukuh untuk menyokong tindakan Perdana Menteri itu. Ini kerana prinsip yang digunakan dalam keadaan sedemikian adalah “budi bicara Perdana Menteri”.

Walaupun begitu, jawatan Ketua Wanita UMNO bukanlah sesuatu jawatan yang dilantik atas budi bicara. Ini merupakan satu jawatan yang dipilih secara demokrasi oleh delegasi-delegasi Wanita UMNO. Tidak kira apa jua keadaan yang berlaku, meskipun beliau disabitkan dengan kesalahan jenayah, beliau tidak patut didesak meletakkan jawatan atas prinsip kemenangan secara demokrasi kecuali Perlembagaan, Undang-undang mahupun peraturan telah menyatakan sebaliknya. Untuk memaksa beliau meletakkan jawatan, adalah lebih molek untuk menafikan sokongan yang diterima oleh beliau ke jawatan Ketua Wanita UMNO dengan membuktikan bahawa undian yang dimenangi oleh beliau semasa pemilihan Ketua Wanita UMNO sudah tidak menyokong beliau lagi. Ini dapat memenuhi prinsip “kemenangan secara demokrasi” sama ada dengan mencadangkan usul mahupun apa-apa cara yang menepati Perlembagaan UMNO.

Ketiga, dalam situasi praktikal sehingga ke hari ini, walaupun banyak desas-desus yang mengaitkan beliau dan suami beliau dengan skandal penyalahgunaan kuasa, namun yang didakwa sehingga ke hari ini hanyalah suami beliau. Oleh yang demikian, sehingga Sharizat belum disabitkan kesalahan oleh mahkamah, beliau masih tidak bersalah atas prinsip “seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah”. Tambahan pula, kesalahan yang dilakukan oleh pihak ketiga termasuklah ibu bapa, suami isteri, anak, adik-beradik dan sebagainya tidak boleh dijadikan sebagai kayu ukur untuk menentukan kredibiliti seseorang.

Kesimpulannya, sekiranya Perdana Menteri merasakan Sharizat sudah tidak layak untuk memegang jawatan Menteri mahupun Senator, beliau berhak untuk menghentikan perkhidmatan Sharizat kerana pelantikan kedua-dua jawatan tersebut adalah atas budi bicara Perdana Menteri. Namun pada masa yang sama, Sharizat tidak patut didesak untuk meletakkan jawatannya sebagai Ketua Wanita UMNO memandangkan jawatan tersebut adalah dipilih secara demokrasi kecuali kumpulan pendesak berjaya membuktikan bahawa beliau sudah kehilangan sokongan daripada delegasi-delegasi UMNO yang mengundi beliau dalam pilihan raya parti UMNO yang lepas.